Wednesday, 16 April 2014

DESTINASI PERCUTIAN DI KEDAH!!!




Ingin bercuti di kedah???Apa yang ada di kedah??? Jom la dapatkan info berkenaan dengan Negeri Kedah dan mari kita melawat kedah...menarik Oooooooo ^_^


Pulau Langkawi - Kedah


PULAU LANGKAWI

Dikenali sebagai Permata Negeri Kedah, Langkawi adalah
sebahagian daripada gugusan 99 buah pulau dan salah
sebuah destinasi percutian yang paling popular di Malaysia.
Dikelilingi air laut zamrud yang berkilauan dan pesisiran
\pantai yanng berpasir halus, pulau tropika yang indah
ini mempunyai beberapa tarikan semula jadi yang terhebat
di rantau ini, justeru dianugerahkan status Geopark Global
UNESCO pada tahun 2007. Pulau ini diselubungi mitos
dan misteri, menjadikannya sebuah destinasi yang menarik
dan mengujakan.
Muzium Arkeologi Lambah Bujang - KedahMUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Merbok
Lembah Bujang adalah tapak tamadun purba yang tertua
di Asia Tenggara, dipercayai berusia lebih daripada 2000
tahun. Terdapat lebih daripada 50 binaan purba yang
dikenali sebagai candi serta hampir 1,000 artifak telah
ditemui setakat ini.
Menara Alor Setar - KedahMENARA ALOR SETAR
Menara Alor Setar yang serba moden adalah salah satu
daripada mercu tanda bandar ini yang paling unggul.
Dengan ketinggian 165.5m, menara ini adalah menara 
telekomunikasi yang ke-19 tertinggi di dunia. Menara ini 
dilengkapkan dengan pelantar pemerhati dan restoran berputar.
Muzium Padi : Kota Setar - KedahMUZIUM PADI
Kota Setar
Terletak di kaki Gunung Keriang, Muzium Padi
mengandungi bahan pameran dan maklumat
tentang padi. Pelantar berputar di aras tiga
memberikan pemandangan 360˚ mural
tampak hidup yang menggambarkan sawah padi
dan kawasan sekitarnya serta proses menuai padi.
Tree Top Walk : Kulim - KedahTREE TOP WALK
Kulim
Berukuran sepanjang 950m, Tree Top Walk di
Taman Rekreasi Sungai Sedim adalah laluan
kanopi yang terpanjang di dunia di mana kehijauan
persekitaran yang sungguh indah dan burung, ungka
serta pelbagai jenis hidupan liar dapat dilihat.
Sungai Sedim mengalir di bawahnya, di mana
aktiviti berakit redah jeram dan berkayak boleh dinikmati.
TEMPAT LAIN YANG MENARIK DI KEDAH

Alor Setar
• Masjid Zahir • Galeri Sultan Abdul Halim • Tempat Kelahiran Tun Dr. Mahathir • Balai Besar • Balai Nobat 
• Muzium Negeri Kedah • Kompleks Al-Bukhari • Kota Kuala Kedah • Pekan Rabu • Muzium Diraja
• Rumah Merdeka • Rumah Seri Banai & Rumah Tok Su • Taman Jubli • Memorial Tunku Abdul Rahman
• Istana Kuning • Kampung Tradisional Kedah • Bangunan Jam Besar • Monumen 250 Tahun
• Tanjung Chali • Negeri Seni Negeri • Wat Nikrodharam • Kolej Sultan Abdul Hamid • Muzium Padi

Kota Setar
• Gua Gunung Keriang • Pusat Sains Negara (Utara)

Kubang Pasu
• Taman Rekreasi Bukit Wang • Taman Darul Aman • Ladang DXN • Taman Lye Huat

Sungai Petani / Kuala Muda
• Pantai Merdeka • Sungai Merbok • Tanjung Dawai • Taman Tema Carnivall

Baling
• Hutan Rekreasi Bukit Hijau • Taman Eko Lasor • Kolam Air Panas Ulu Legong

Kulim / Bandar Baharu
• Air Terjun & Taman Rekreasi Junjung • Taman Rekreasi Sungai Sedim • Hutan Rekreasi Ulu Paip

Yan
• Air Terjun Seri Perigi • Gunung Jerai • Hutan Rekreasi Batu Hampar • Pantai Murni • Hutan Rekreasi Titi Hayun

Sik
• Taman Rekreasi Lata Bayu • Hutan Rekreasi Lata Mengkuang • Hutan Rekreasi Sik • Taman Eko Ulu Muda
• Ladang Anggur Tasik Beris

Pendang
• Hutan Rekreasi Sungai Rambai • Resort Tasik Pendang • Puncak Janing

Bukit Kayu Hitam
• Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

Pulau Langkawi
• Taman Kerbau • Dataran Helang • Galeria Perdana • Geopark • Kompleks Kraf Budaya
• Kota Mahsuri • Bandar Kuah • Laman Padi • Kereta Kabel Langkawi • Perkampungan Oriental
• Taman Laut Pulau Payar • Air Terjun Perigi Tujuh • Sungai Kilim • Tasik Dayang Bunting
• Underwater World • Taman Hidupan Liar • Langkawi Duck Tours • Crocodile Adventureland
• Island Horses • 6D CineMotion @ Oriental Village

No comments:

Post a Comment